
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Sambutan Hutpa Ke 71 Apm
Hulu Langat, 24 Mac 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam...
Hulu Langat, 24 Mac 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-71 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali itu turut diserikan dengan pelancaran Maskot APM iaitu 'C D' (Sidi) dan 'C DA' (Sida) serta sesi menandatangani Nota Persefahaman antara Majlis Datuk-Datuk Malaysia dan APM.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, Ketua Pesuruhjaya APM, KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, Pengerusi Pihak Berkuasa Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin