Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Ccoe

Diterbitkan: 26 Mar 2024 2.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 26 Mac 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber atau Cybersecurity Center of Excellence (CCoE) yang diadakan di Auditorium Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-perasmian-ccoe
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:44 MYT
Sepang, 26 Mac 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber atau Cybersecurity Center of Excellence (CCoE) yang diadakan di Auditorium Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini, hari ini.

Majlis anjuran MCMC yang bermula sekitar jam 1.00 tengah hari tadi dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ diikuti bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, Mr. John Giamatteo. Tidak ketinggalan juga, para hadirin mendengar ucapan yang disampaikan oleh Menteri Penggalakan Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Kanada, Mrs. Mary Ng.

Berucap ketika merasmikan majlis tersebut, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, CCoE Malaysia perlu menjadi hab pembangunan kapasiti untuk rantau ini yang memfokuskan perkongsian risikan ancaman dan memperkukuh kerjasama dalam memerangi ancaman siber.

“Namun, Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.

“Usaha keras kerajaan dalam menarik pelaburan terus asing telah berjaya mencatatkan RM329.5 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah, dan ia memberi bayangan tentang keyakinan pelabur asing terhadap negara ini,” katanya.

Dato’ Seri Anwar menekankan bahawa segala usaha dilaksanakan akan mewujudkan peluang kerja bernilai tinggi dengan hasrat Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

“Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memacu pertumbuhan perusahaan dan perkhidmatan, bagi meningkatkan produktiviti mereka dengan ketara serta mengembangkan kecekapan keselamatan siber Malaysia dalam domain digital,” ujarnya lagi.

Turut diadakan penyampaian sijil kepada para peserta kursus Hacker Tools, Techniques and Incident Handling anjuran SANS di bawah naungan Blackberry Akademi dengan kerjasama Kerajaan Kanada yang dihadiri oleh wakil peserta antaranya terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan MCMC.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and crowd

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people, lighting and text that says 'Canada GRAND OPENING CEREMONY CYBERSECURITY CENTER OF EXCELLENCE OFFICIATED BY YAB DATO' SER
ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2024 2.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM