Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan Mcba

Published: 02 May 2024 12.56 PM Updated: 15 Aug 2026 8.17 PM
Hadir sama, Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah MCBA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, barisan Timbalan KSU KDN, Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-penyerahan-dokumen-terma-rujukan-mcba
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:36 MYT
Putrajaya, 2 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) Sebagai Penyelaras Jabatan atau Agensi Rakan Strategik Mengenai Kawalan dan Perlindungan Sempadan Negara yang diadakan di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.

Majlis penyerahan dokumen kepada wakil enam kementerian dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tersebut telah disaksikan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Melalui dokumen tersebut, MCBA akan menyelaras sebarang aktiviti operasi khas berkaitan dengan kawalan dan perlindungan sempadan negara yang melibatkan jabatan atau agensi rakan strategik selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
Seusai majlis penyerahan dokumen, program diteruskan dengan Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KDN MADANI bersama warga kementerian, jabatan serta agensi di bawah KDN di perkarangan Kompleks Setia Perkasa, petang tadi.
Selain menerapkan nilai-nilai murni sempena memuliakan bulan Syawal, majlis itu juga bertujuan mengeratkan ukhuwah khususnya antara pucuk pimpinan dan agensi-agensi di bawah KDN.

Hadir sama, Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah MCBA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, barisan Timbalan KSU KDN, Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 02 May 2024 12.56 PMUpdated 15 Aug 2026 8.17 PM