
Article
Timbalan Kpn Hadir Majlis Penyampaian Aiga 2022
Kuala Lumpur, 19 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Gove...
Kuala Lumpur, 19 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) bagi tahun 2022 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof di Dewan Auditorium, Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini.
Dalam majlis itu juga, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinjen Pahang yang diwakili Ketua Polis Negeri, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf turut menerima anugerah AIGA tahun 2022 bagi kategori Perak.
Yang turut hadir dalam majlis tersebut, Ahli Lembaga Pengarah IIM, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan serta swasta.
Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

















