Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Penutup Simposium Ai Transformasi Keselamatan 2025 121125

Diterbitkan: 12 Nov 2025 1.16 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.48 PM
Putrajaya, 12 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penutupan Simposium Kecerdasan Buatan (AI) Transformasi Keselamatan 2025 yang berlangsung di Hotel Marriott, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-penutup-simposium-ai-transformasi-keselamatan-2025-121125
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:24 MYT
Putrajaya, 12 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penutupan Simposium Kecerdasan Buatan (AI) Transformasi Keselamatan 2025 yang berlangsung di Hotel Marriott, di sini, petang tadi.

Simposium bertemakan “AI Memacu Transformasi Keamanan dan Keselamatan” itu merupakan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Program yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk kementerian, agensi penguatkuasaan, institusi pengajian tinggi serta pemain industri itu menjadi pelantar strategik bagi membincangkan potensi, cabaran dan hala tuju pembangunan teknologi AI dalam ekosistem keselamatan negara.

Simposium tersebut turut mengetengahkan empat kluster utama perbincangan merangkumi pengesanan dan risiko keselamatan, pengurusan sempadan pintar, transformasi digital serta peranan AI dalam penyampaian perkhidmatan awam. Turut diadakan ialah pameran teknologi oleh pemain industri dan pembentangan oleh pakar tempatan bagi menyokong usaha membina ekosistem AI yang matang, berdaya tahan dan selamat.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, barisan ketua agensi di bawah KDN, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dan Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Shamsul Amar Ramli.

Jurugambar: PDRM RMPTV

 
ArtikelDiterbitkan 12 Nov 2025 1.16 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.48 PM