
Artikel
Waragainstdrugs Artikel Pilihan Lelaki Tempatan Ditahan Di Thailand Disyaki Ada Rangkaian Sindiket Tempatan
Kuala Lumpur, 12 November 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti rangkaian sindiket melibatkan seorang lelaki tempatan yang ditahan pihak be...
Kuala Lumpur, 12 November 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti rangkaian sindiket melibatkan seorang lelaki tempatan yang ditahan pihak berkuasa Thailand di negara jiran itu bersama 75 kilogram dadah jenis Ketamin di dalam kereta dipandunya pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata pihaknya percaya lelaki berusia 25 tahun itu mempunyai rangkaian sindiket di negara ini.
“JSJN sedang mengenal pasti dan mencari rakan-rakan beliau yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dato’ Hussein berkata ketika ini lelaki berkenaan masih berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand dan PDRM sedang menunggu keputusan siasatan pihak berkuasa negara jiran itu sebelum mengambil tindakan susulan termasuk membawa pulang suspek ke negara ini.
Sumber: BERNAMA