
Article
Timbalan Kpn Hadir Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Dan Iftar Kdn Madani Bersama Mdn Di Ipk Negeri Sembilan
Seremban, 13 April 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kement...
Seremban, 13 April 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini hari ini.
Ketibaan MDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kira-kira jam 6 petang telah disambut oleh Timbalan KPN bersama Ketua Polis negeri, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof sebelum diiring ke pekarangan IPK untuk berbuka puasa.
Selain menerapkan nilai-nilai murni sempena memuliakan bulan Ramadan, majlis itu juga bertujuan mengeratkan ukhuwah khususnya antara pucuk pimpinan dan agensi-agensi bawah KDN bersama warga Kontinjen Negeri Sembilan.
Turut berlangsung dalam majlis sama ialah Program Jom Exchange al-Quran (JEQ) bagi memberi peluang kepada masyarakat Islam yang memiliki al-Quran tidak diperakui KDN untuk tampil menukar kitab suci yang telah diluluskan itu secara percuma.
MDN turut menyampaikan sumbangan kepada 55 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal selain menyerahkan Surat Keputusan Permohonan Kewarganegaraan kepada 13 individu yang berkelayakan.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, warga KDN dan Polis Diraja Malaysia serta pengamal media.
Jurugambar Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini