Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Pembukaan Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia Tun Razak Exchange

Published: 24 Feb 2024 3.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hadir sama, Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Pegawai Eksekutif, TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib dan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-pembukaan-hab-kewangan-antarabangsa-malaysia-tun-razak-exchange
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:17 MYT
Kuala Lumpur, 24 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir memenuhi undangan ke Majlis Pembukaan Rasmi Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia Tun Razak Exchange (TRX) yang diadakan di Lobi Menara Exchange 106, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Berucap dalam majlis perasmian, Dato' Seri Anwar berkata, TRX merupakan mercu tanda penting sebagai sinergi antara kecanggihan dalam pembinaan yang sesuai dengan tuntutan zaman, selain menjadi hab kewangan kepada pemain-pemain utama industri.

"Saya berharap pembinaan TRX ini mampu meningkatkan naratif Malaysia, yang mencerminkan sejarah sebagai sebuah negara yang kaya dengan perdagangan,” katanya.
TRX yang dibina pada April 2016 merupakan mercu tanda baharu ibu kota yang menjadi tarikan orang ramai selain merancakkan aktiviti ekonomi di bangunan ikonik berkenaan sekali gus dapat bersaing dengan pusat-pusat kewangan antarabangsa yang lain.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Pegawai Eksekutif, TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib dan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahya.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 24 Feb 2024 3.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM