Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Pelancaran Kempen Together Against Crime Di Sunway University

Published: 06 Aug 2025 10.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Subang Jaya, 6 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri Majlis Pelancaran Together Against Crime Campaign yang berlangsung di Sunway University, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-pelancaran-kempen-together-against-crime-di-sunway-university
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Subang Jaya, 6 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri Majlis Pelancaran Together Against Crime Campaign yang berlangsung di Sunway University, di sini.

Majlis anjuran bersama Sunway University, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ini telah disempurnakan oleh Pengasas dan Canselor Sunway Group merangkap Pengerusi MCPF Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Sir Dr. Jeffrey Cheah KBE AO.

Dalam ucapannya, Tan Sri Ayob Khan merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa penganjur atas inisiatif yang disifatkan sebagai unik serta signifikan dalam usaha memperkukuh keamanan negara dan ketenteraman awam.

Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab memelihara keselamatan negara tidak terletak pada pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh lapisan masyarakat. Justeru, beliau menyeru warga Sunway University agar terus memberi kerjasama kepada PDRM dan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras jenayah.

Antara pengisian program termasuk demonstrasi Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Siasatan Jenayah dan pameran yang disertai beberapa agensi antaranya Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Turut hadir, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Timbalan KP Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Ketua POLIS DAERAH SUBANG JAYA, ACP Wan Azlan Wan Mamat, wakil-wakil agensi penguat kuasa kerajaan dan rakan-rakan media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 6 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'Official Launch SAAETURA SUN UNIV TOGETHER AGAINST CRIME EPREVENT SUNWAY UNIVERSITY A CLASSABOVE CLAS

May be an image of 2 people and text that says '@ MILIKP IK F DRA TOG AGA CR NO. PRIVATE SUNWAY UNIVERSITY A CLASS ACLASSABOVE ABOVE'

May be an image of 2 people, suit, dais and text

May be an image of 10 people, dog and text

May be an image of 4 people and text


ArticlePublished 06 Aug 2025 10.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM