Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Paluan Berundur Pengarah Jsjn

Published: 14 Mar 2025 4.07 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Seri Khaw Kok Chin di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-paluan-berundur-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:30 MYT
Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Paluan Berundur Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Seri Khaw Kok Chin di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Majlis yang bermula lebih kurang jam 5.00 petang tadi dimulakan dengan ketibaan DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum menerima Hormat Panglima daripada Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Muzik PDRM, DSP Mesmoro Edward.

Dalam majlis sama, Dato' Seri Khaw Kok Chin telah diberi penghormatan oleh Pasukan untuk menjadi "guest conductor" bagi memimpin Pancaragam Pusat PDRM dan seterusnya persembahan deklamasi sajak bertajuk "Luruh Musim Bersama" yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Narkotik (Teknikal/Analisis) JSJN Bukit Aman, Superintenden Zahari Abu Samah.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa dan barisan pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 14 Mar 2025 4.07 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM