Artikel
Artikel Pilihan Polis Pengiring Cedera Kemalangan Ketika Bertugas
Alor Gajah, 14 Mac 2025 - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua...
Alor Gajah, 14 Mac 2025 - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, di sini malam tadi.
"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton S70 yang dipandu lelaki berusia 51 tahun tiba-tiba mengubah laluan dari laluan kiri bulatan membelok masuk ke kanan.
"Kenderaan itu kemudian terlanggar motosikal ditunggangi mangsa menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA
