Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Obk Siri 19 Bilangan 1 2026

Published: 25 Apr 2026 4.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tasik Kenyir, 25 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 19 Bilangan 1/2026 yang diadakan di Dome Inn, Pulau Poh, di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-makan-malam-sempena-mesyuarat-obk-siri-19-bilangan-1-2026
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:49 MYT
 
Tasik Kenyir, 25 April 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 19 Bilangan 1/2026 yang diadakan di Dome Inn, Pulau Poh, di sini malam tadi.

Majlis makan malam tersebut diadakan sebagai acara pra-mesyuarat yang berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026, sekali gus menjadi platform awal dalam mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara.

Mesyuarat OBK yang dijadualkan berlangsung hari ini menghimpunkan pelbagai agensi terlibat, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan Imigresen Malaysia.

Kehadiran Tan Sri Ayob Khan mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam menyokong usaha bersepadu melindungi khazanah negara, di samping memperkukuh sinergi antara agensi bagi meningkatkan keberkesanan operasi dalam menangani cabaran keselamatan semasa.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of ‎text that says '‎IS AKAN MALAM LASMI UARAT OPERASI BERSEPADU K BILANGAN 1/2026 NEGARA TERENGGA SIK KENYIP SSTRISE canmraa تك ะ

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people, hookah and text

May be an image of one or more people
ArticlePublished 25 Apr 2026 4.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM