Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 219 Warga Pdrm Beragama Hindu Anjur Sembahyang Khas Di Kuil Sri Maha Muniswarar

Diterbitkan: 24 Apr 2026 2.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 April 2026 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu menganjurkan upacara sembahyang khas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219, di Kuil Sri Maha Muniswarar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-219-warga-pdrm-beragama-hindu-anjur-sembahyang-khas-di-kuil-sri-maha-muniswarar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:56 MYT
Kuala Lumpur, 24 April 2026 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu menganjurkan upacara sembahyang khas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219, di Kuil Sri Maha Muniswarar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Majlis keagamaan itu telah dipimpin oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Program yang dihadiri hampir 500 warga Pasukan itu mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam menghargai kepelbagaian agama dan budaya, di samping memberi penghormatan kepada para pesara polis atas jasa dan pengorbanan mereka.
Pengiktirafan turut diberikan kepada anak-anak pegawai dan anggota yang cemerlang dalam akademik bagi sesi 2024/2025, merangkumi pencapaian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma, Matrikulasi dan Ijazah Sarjana Muda serta bidang sukan, seni dan budaya hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penganjuran program berkenaan berjaya memperkukuh hubungan, memupuk nilai perpaduan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PDRM dan masyarakat.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis JSJ Bukit Aman, Datin Shanthi P. Santhanam Pillai, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Awam Bukit Aman, DCP M.V. Srikumar Madhavan Nair serta Penolong Pengarah E3A, Cawangan Khas Bukit Aman selaku Pengerusi Kuil Sri Maha Muniswarar PULAPOL Kuala Lumpur, SAC G. Seetha Davi M. Govindan Nair.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of one or more people, dais and text that says 'SEMBAHYANG KHAS AGAMA HINDU SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KΕ 219 TAHUN [2026] G219 219-ஆ

May be an image of temple

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, temple and wedding

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text that says '2ም T /Μ'


ArtikelDiterbitkan 24 Apr 2026 2.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM