Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Lawatan Kerja Tyt Menteri Emercom Persekutuan Rusia Ke Malaysia

Diterbitkan: 20 Jun 2025 12.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.56 PM
Putrajaya, 20 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi sempena Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Awam, Kecemasan dan Penghapusan Konsekuensi Bencana Alam Rusia (EMERCOM), Tuan Yang Terutama (TYT) Kolonel Jeneral Alexander V. Kurenkov ke Malaysia yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-makan-malam-rasmi-sempena-lawatan-kerja-tyt-menteri-emercom-persekutuan-rusia-ke-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Putrajaya, 20 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi sempena Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Awam, Kecemasan dan Penghapusan Konsekuensi Bencana Alam Rusia (EMERCOM), Tuan Yang Terutama (TYT) Kolonel Jeneral Alexander V. Kurenkov ke Malaysia yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, di sini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Ayob Khan bersama para jemputan yang terdiri daripada wakil jabatan dan agensi kerajaan serta delegasi Kerajaan Persekutuan Rusia turut dihiburkan dengan persembahan oleh Ensembke Orkestra Rusia bersama Seni Kebudayaan Malaysia.

TYT Kolonel Jeneral Alexander V. Kurenkov dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula 18 sehingga 20 Jun 2025, bagi melihat sendiri latihan bersama antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dengan Pasukan EMERCOM RUS-03 sebagai persediaan kedua-dua buah pasukan menjalani INSARAG External Reclassification pada tahun 2026.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people, dais and text that says 'Official OfficialDinint иHble RM RM'

May be an image of 8 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people, table and dais

May be an image of 4 people, car and text

May be an image of 6 people and dais


ArtikelDiterbitkan 20 Jun 2025 12.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.56 PM