Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Konvokesyen Cfip 2025

Published: 05 May 2026 1.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 4 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Konvokesyen Program Pensijilan Penyiasat Kewangan Bertauliah (CFIP) 2025 yang berlangsung di Dewan Menara Seri Wilayah, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-konvokesyen-cfip-2025
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:03 MYT
Putrajaya, 4 Mei 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Konvokesyen Program Pensijilan Penyiasat Kewangan Bertauliah (CFIP) 2025 yang berlangsung di Dewan Menara Seri Wilayah, di sini, petang tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil seterusnya ia disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Program CFIP yang dianjurkan oleh NFCC di bawah Jabatan Perdana Menteri merupakan satu inisiatif strategik untuk memperkukuh kompetensi pegawai penguatkuasa undang-undang daripada pelbagai agensi kerajaan, khususnya melibatkan pemantapan pengetahuan, kemahiran teknikal serta integriti dalam pelaksanaan siasatan kewangan secara profesional dan berkesan.

Dalam majlis tersebut, seramai 135 graduan daripada pelbagai latar belakang agensi penguatkuasaan telah berjaya ditauliahkan sebagai penyiasat kewangan berkelayakan, sekali gus memperkukuh keupayaan negara dalam membanteras jenayah kewangan secara lebih holistik dan bersepadu.

Majlis kemudian melabuhkan tirai dengan sesi menandatangani Memorandum Persetujuan antara NFCC dan Universiti Teknologi Malaysia melibatkan kolaborasi strategik antara kedua-dua entiti dalam kerjasama melibatkan penyelidikan, pembangunan kepakaran serta pengukuhan ekosistem kewangan negara yang telus, berintegriti dan berdaya tahan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Ahli Lembaga Penasihat NFCC dan barisan pegawai kanan kerajaan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people and dais

May be an image of dais and text that says 'KONVOKESYEN GRAM PENSUJILAN PENSI PENYIASAT RAMPENSIJILANPENYIASAT 200- NGANBERTAULIAH(CFIP) TAULIAH (CFIP) GAN

May be an image of dais and text that says 'MEMORANDUM PERSETUJUAN (MOA) ANTARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) DAN PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN N

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text


ArticlePublished 05 May 2026 1.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM