Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Kick Off Ksp Kpp

Diterbitkan: 13 Feb 2024 12.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jurugambar: PDRM RMP TV
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-kick-off-ksp-kpp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:08 MYT
Kuala Lumpur, 13 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis "Kick-Off" Kajian Separuh Penggal (KSP) Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jalan Padang Tembak, di sini, pagi ini. Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman. Majlis telah dimulai dengan ucaptama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Isyak dan seterusnya sesi wacana oleh empat panel jemputan bersama tajuk bidang kepakaran masing-masing.

Mereka terdiri daripada Head of Centre for Asian Studies Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee dengan tajuk "Pencapaian Kertas Putih Pertahanan, Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr. Adam Leong Kok Wey (Situasi Geopolitik Semasa dan Hadapan), Pengarah (Projek Khas) Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Encik Shariman Lockman (Hala Tuju Pertahanan Negara ke Arah 2030) serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industry-Government Group for High Technology, Encik Rushdi Abdul Rahim (Industri Pertahanan Bagi Menyokong Kemampanan Pertahanan Negara).

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dan seterusnya merasmikan Majlis "Kick-Off" KSP KPP.
Sementara itu, KSP KPP dilaksanakan bertujuan untuk menilai pencapaian semasa pelaksanaan KPP bagi menambah baik dasar dan perancangan untuk baki tempoh lima tahun lagi iaitu tahun 2026 hingga 2030.

Turut sama hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Adly Zahari, Panglima-panglima Perkhidmatan ATM dan barisan Timbalan KSU Kementerian Pertahanan serta delegasi dalam dan luar negara.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArtikelDiterbitkan 13 Feb 2024 12.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM