
Article
Timbalan Kpn Hadir Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Serta Berbuka Puasa Fep Ukm
Bangi, 29 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Serta Berbu...
Bangi, 29 Mac 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Serta Berbuka Puasa Sempena Sambutan 50 Tahun Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Atrium FEP, di sini, petang tadi.
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UKM, Profesor Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.
Aturcara diteruskan dengan bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Haziq Abdul Samad dari Pusat Islam UKM bagi memberkati majlis.
Seusai itu, Dekan FEP UKM, Profesor Dr. Aini Amran berbesar hati memberi sumbangan dermasiswa berupa wang tunai kepada 8 orang pelajar yang dipilih berdasarkan keperluan kewangan dan prestasi akademik sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Dato' Sri Ayob berkesempatan menunaikan solat fardhu Maghrib bersama warga UKM sebelum meninggalkan majlis.
Hadir sama, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Ariffin dan warga kerja serta pelajar UKM.
Jurugambar: PDRM RMPTV








