
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Anugerah Sukan Negara 2024
Subang, 13 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2...
Subang, 13 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 yang berlangsung di Grand Ballroom, Dorsett Grand, di sini, pagi tadi.
Majlis penuh berprestij itu turut diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang diiringi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan menjunjung kasih oleh Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.
Sebanyak 11 anugerah telah disampaikan mengikut kategori masing-masing kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Tan Sri Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat.