
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Majlis Amanat Ksn Tahun 2024
Putrajaya, 14 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negar...
Putrajaya, 14 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali bagi tahun 2024 di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI, di sini semalam.
Dalam amanatnya, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki mengutamakan aspek "civil service reform" yang merangkumi peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang telus, pantas dan mencapai keberhasilan yang ditetapkan.
Jelasnya bagi perkara tersebut, satu dimensi baharu kaedah penilaian prestasi iaitu Sistem Demerit Performance Evaluation (DEEP) akan digunakan bermula tahun ini setelah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pengukuran DEEP dinilai melalui Pelaporan Bulanan Progresif berdasarkan komitmen Kementerian dan Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah dan Jumlah Libat Urus bersama pemegang taruh dan pelanggan melalui pelbagai platform termasuk dengan media.
Tambah beliau lagi, untuk memastikan tiada isu pekeliling atau dasar yang lapuk berlaku, semua ketua jabatan diberi tempoh satu bulan untuk meneliti semula dasar, pekeliling dan peraturan serta mencadangkan penambahbaikan dan melaporkan semula kepada beliau.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah para pegawai awam dari pelbagai agensi kerajaan.