Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Amanat Ksn Tahun 2024

Published: 14 Feb 2024 12.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 14 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali bagi tahun 2024 di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-amanat-ksn-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT
Putrajaya, 14 Februari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali bagi tahun 2024 di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI, di sini semalam.

Majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz itu menekankan mengenai cabaran Perkhidmatan Awam masa kini demi mengekalkan keunggulannya sebagai tiang seri negara melalui tajuk, “Kitalah Benteng Malaysia”.

Dalam amanatnya, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki mengutamakan aspek "civil service reform" yang merangkumi peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang telus, pantas dan mencapai keberhasilan yang ditetapkan.

Jelasnya bagi perkara tersebut, satu dimensi baharu kaedah penilaian prestasi iaitu Sistem Demerit Performance Evaluation (DEEP) akan digunakan bermula tahun ini setelah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pengukuran DEEP dinilai melalui Pelaporan Bulanan Progresif berdasarkan komitmen Kementerian dan Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah dan Jumlah Libat Urus bersama pemegang taruh dan pelanggan melalui pelbagai platform termasuk dengan media.

Tambah beliau lagi, untuk memastikan tiada isu pekeliling atau dasar yang lapuk berlaku, semua ketua jabatan diberi tempoh satu bulan untuk meneliti semula dasar, pekeliling dan peraturan serta mencadangkan penambahbaikan dan melaporkan semula kepada beliau.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah para pegawai awam dari pelbagai agensi kerajaan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people, speaker, television, lighting, dais and text that says 'Majlis Amarat KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2024 'Kitalah Benteng

May be an image of 2 people, dais and text that says 'Ha NEGARA 2024 g Malaysia' 2.30 petang ANITAPURI Putro YSIA ANI'

May be an image of 5 people and crowd

May be an image of text


May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people, flute, saxophone, oboe, clarinet and trumpet

May be an image of 3 people
ArticlePublished 14 Feb 2024 12.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM