
Artikel
Timbalan Kpn Hadir Iftar Bersama Warga Ipd Petaling Jaya
Petaling Jaya, 4 April 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir memenuhi undangan ke Majlis Penerapan Nil...
Petaling Jaya, 4 April 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir memenuhi undangan ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya petang tadi.
Kehadiran beliau dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah telah disambut mesra oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan bersama sebahagian warga kerja IPD Petaling Jaya.
Program yang diadakan bertujuan menerapkan nilai-nilai murni sempena sambutan bulan Ramadan di samping mengeratkan jalinan silaturrahim di antara pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bersama warga Pasukan.
Dalam majlis yang sama, seramai 50 Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dari IPD Petaling Jaya telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Timbalan MDN.
Hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Tuan Wan Husbi Wan Mohd, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, wakil-wakil ketua agensi di bawah KDN dan ketua-ketua jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin