Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Gamit Memori Indah Bersekolah Di Smk Datuk Mansur

Diterbitkan: 20 May 2022 12.46 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Jempol, 20 Mei 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain mengukir senyuman penuh bermakna apabila beliau berpeluang kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansur, Bahau, di sini, hari ini yang pernah menjadi tempatnya menimba ilmu kira-kira 40 tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-gamit-memori-indah-bersekolah-di-smk-datuk-mansur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:18 MYT
Jempol, 20 Mei 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain mengukir senyuman penuh bermakna apabila beliau berpeluang kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansur, Bahau, di sini, hari ini yang pernah menjadi tempatnya menimba ilmu kira-kira 40 tahun lalu.
 
Kehadiran Dato’ Razarudin itu bagi memenuhi jemputan pihak sekolah sempena Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri selain menggamit 1,001 nostalgia indah zaman persekolahannya sewaktu berada di Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga, pada tahun 1976 hingga 1978.

Berucap di hadapan warga pendidik dan pelajar SMK Datuk Mansur, Dato’ Razarudin memanjatkan rasa kesyukuran atas peluang yang diberi dan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidiknya sehingga mampu berada pada tahap yang membanggakan kini.

“Malahan sekolah ini juga telah melahirkan ramai insan cemerlang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Dipanjatkan doa, agar setiap jerih perih dan segala ilmu yang dicurahkan, menjadi pahala berpanjangan dan jariah berterusan hingga ke akhirat kelak. Insya-Allah,” zahirnya lagi.

Beliau turut mengingatkan para pelajar agar sentiasa menghargai ibu bapa dan guru-guru yang membimbing serta mendidik mereka agar menjadi insan berguna kepada masyarakat dan negara.

Dato’ Razaruddin juga melawati kawasan sekitar sekolah dan melihat kelas yang pernah beliau bersama rakan-rakannya belajar satu ketika dahulu.

Hadir sama Pengetua Cemerlang SMK Datuk Mansor, Tuan Hj. Murad Nordin, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ruslan Khalid, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, Tuan Putra Hashim, Presiden Alumni Mansorian SMK Datuk Mansor, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Datuk Mansor, Encik Nor Rizal Md Nor serta para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Sesuai majlis tadi, Dato' Razarudin sempat menyantuni para pegawai serta anggota di Balai Polis Bahau serta mengunjungi berek di balai berkenaan yang pernah didiami beliau bersama keluarga.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar

May be an image of 15 people, people standing, outdoors and text that says 'ENENGAH LIGHTENMENT KEBANGSAAN EYE DATUK BRAIN MANSOR EYE, HAN AND ND SEKOLAH

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, outdoors and text that says 'VISI'

May be an image of 5 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and headscarf

May be an image of 2 people and text that says 'D LE SMK DATUK MANSOR BAHAU'

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 8 people, people sitting, people standing, headscarf, indoor and text that says 'SAMBUTAN DAN AYA GURU FITR 12O'

May be an image of 12 people and people standing


ArtikelDiterbitkan 20 May 2022 12.46 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM