Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran P S M Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tahun

Published: 02 Jun 2025 9.50 AM Updated: 15 Aug 2026 7.59 PM
Kuala Lumpur, 2 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Balairong Seri, Istana Negara, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-dikurnia-darjah-kebesaran-p-s-m-sempena-sambutan-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:00 MYT
Timbalan Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran P S M Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tahun
Home / Article / Timbalan Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran P S M Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tahun
Back to Library
Article

Timbalan Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran P S M Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tahun

Kuala Lumpur, 2 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia...
Kuala Lumpur, 2 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Balairong Seri, Istana Negara, di sini.

Pengurniaan darjah kebesaran tersebut adalah sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2025.
Turut berangkat bercemar duli ke istiadat tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Darjah Kebesaran P.S.M. merupakan darjah kelas kedua yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan dikurniakan kepada individu yang memberikan sumbangan cemerlang serta jasa bakti besar kepada negara.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain turut hadir menyaksikan istiadat tersebut bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman sebagai penghormatan kepada para penerima darjah kebesaran pada tahun ini.
Majlis istiadat turut menyaksikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai senarai penerima dengan pengurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar yang masing-masing membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Turut menerima P.S.M. bersama-sama Tan Sri Ayob Khan tadi ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Dato’ Mohammed Hashim dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain.

Tidak ketinggalan juga, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Sabah, ACP Datin Laila Sagir, Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda dan KPD Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed masing-masing telah dikurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara. Seramai 116 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada tahun ini.

Turut hadir dalam istiadat tadi ialah Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zalena Mohd Ariffin, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan KPD Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Jabatan Penerangan Malaysia.

May be an image of 3 people and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of ‎3 people, dais and ‎text that says '‎ري ነቶ CeaI নন ® HAy UTUELUKU جت م TU IKU UTAN ULANO KEPUTERAA B YANG DI-PF TAH


ArticlePublished 02 Jun 2025 9.50 AMUpdated 15 Aug 2026 7.59 PM