Artikel
Video Pilihan Anggota Mpv Ipd Sandakan Hulur Bantuan Mangsa Kemalangan
Syabas dan tahniah atas keprihatinan Koperal Mohd Farid Mohd Zainuddin dan Lans Koperal Muhammad Nur Zamani Mohd Zamhari dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ba...
Syabas dan tahniah atas keprihatinan Koperal Mohd Farid Mohd Zainuddin dan Lans Koperal Muhammad Nur Zamani Mohd Zamhari dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di atas bantuan yang dihulurkan kepada penunggang motosikal yang ditimpa kemalangan.
Mereka yang ketika dalam tugas rondaan di sekitar Jalan Sim Sim menghala ke pusat bandar mendapati sebuah motosikal telah dirempuh dari belakang dan mengakibatkan mangsa jatuh di tempat kejadian sebelum dibantu oleh anggota MPV berkenaan.
Walaupun pertolongan yang dihulurkan tidaklah menjadi ukuran namun respon pantas dari kedua-dua warga Sang Saka Biru ini wajar dicontohi dan diteladi dalam mendokong ikrar 'Sedia Berkhidmat' tanpa mengira masa dan keadaan.
Sumber: TikTok Kasria_a

