
Artikel
Timbalan Kpn Dianugerahkan Lencana Eod Kehormat
Kuala Lumpur, 28 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) hari ini telah dianugerahkan lencana "Explosive Ordnance Disposal" (EOD) kehormat seba...
Kuala Lumpur, 28 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) hari ini telah dianugerahkan lencana "Explosive Ordnance Disposal" (EOD) kehormat sebagai pengiktirafan tertinggi Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) kepada beliau.
Penganugerahan lencana EOD kehormat itu telah disempurnakan oleh Pengarah JLog, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara.
Turut menerima lencana EOD ialah Juruiring kepada Timbalan KPN, ASP Yazid Ridzuan Mohamad.
Yang hadir dalam majlis ringkas itu tadi ialah Penolong Pengarah Persenjataan (CBRNE ), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, ACP Abdul Jalil Salim.
Jurugambar: Inspektor Muhammad Asiff Jamaldin