Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Dan Isteri Selamat Sampai Dari Tanah Suci

Published: 06 Jul 2023 1.49 PM Updated: 15 Aug 2026 8.20 PM
Sepang, 6 Julai 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan suri hati, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin selamat pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-dan-isteri-selamat-sampai-dari-tanah-suci
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:14 MYT
Sepang, 6 Julai 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan suri hati, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin selamat pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah, hari ini.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5.20 petang, menaiki pesawat Arab Saudi Airlines (SV 834) telah disambut dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, ASP Mohd Shah Rizan Samsudin.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Ketua Polis IPD KLIA, Superintendan Nawi Yunus, para pegawai kanan PDRM serta ahli keluarga Timbalan KPN.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 5 people

May be an image of 10 people, crowd and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'AYOB DRM'

May be an image of 13 people, crowd and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people and text
ArticlePublished 06 Jul 2023 1.49 PMUpdated 15 Aug 2026 8.20 PM