Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Bersama Isteri Teruskan Program Sumbangan Kebajikan Di Kontinjen Pantai Timur 20240126

Published: 26 Jan 2024 12.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 25 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hari ini meneruskan program penyampaian sumbangan kebajikan ke kontinjen pantai timur dengan menyantuni anak-anak yatim serta balu warga Polis Kontinjen Pahang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-bersama-isteri-teruskan-program-sumbangan-kebajikan-di-kontinjen-pantai-timur-20240126
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Kuantan, 25 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hari ini meneruskan program penyampaian sumbangan kebajikan ke kontinjen pantai timur dengan menyantuni anak-anak yatim serta balu warga Polis Kontinjen Pahang.

Kehadiran beliau dan isteri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin bersama isteri yang juga Naib Pengerusi PERKEP Pahang, Datin Noormawati Abdul Latip.

Dalam majlis tadi, seramai 30 anak yatim daripada 10 buah keluarga dan 10 orang balu menerima sumbangan berupa wang tunai dan bantuan daripada Voucher MyKasih Foundation.

Kontinjen Pahang merupakan destinasi ke tujuh dilawati oleh Dato' Sri Ayob Khan bersama isteri selepas Kontinjen Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (KL), Selangor, Kedah dan Perak.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Mungkin imej 2 orang, kanak-kanak dan dais

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan orang ramai

Mungkin imej 7 orang, dais dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks yang berkata ',ketelusan odeti PDRM, kesejahteraan dan keselamatan kepada agama, bangsa negara. / KENAL PASTI INISIATIF YANG

ArticlePublished 26 Jan 2024 12.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM