Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Adakan Ziarah Kebajikan Ke Atas Pesara Polis 20260406

Published: 06 Apr 2026 8.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 April 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, ASP Halim Ibrahim di kediamannya dekat Taman Maju Jaya, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-adakan-ziarah-kebajikan-ke-atas-pesara-polis-20260406
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT
Kuala Lumpur, 6 April 2026 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara polis, ASP Halim Ibrahim di kediamannya dekat Taman Maju Jaya, di sini.

Pesara ASP Halim yang menjalani persaraannya pada 4 Disember 2003, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Komander Terup, Unit 1 Pasukan Simpanan Persekutuan, Kuala Lumpur dan kini menghidap penyakit Parkinson sehingga berada dalam keadaan terlantar.

Dalam lawatan yang diadakan, Tan Sri Ayob Khan telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada waris ASP Halim di samping menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan keafiatannya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Datuk Mohd Faisal Yahya, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, SAC Alina Saad dan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairul Anuar Khalid.

Jurugambar: PDRM RMP TV
May be an image of one or more people, hospital and text that says '@H PDRM PD RM'

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, hospital and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of child and hospital

ArticlePublished 06 Apr 2026 8.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM