
Artikel
Timbalan Kpn Adakan Ziarah Kebajikan Ke Atas Pesara Polis
Langkawi, 6 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meluangkan masa menziarahi beberapa pesar...
Langkawi, 6 Oktober 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini meluangkan masa menziarahi beberapa pesara polis di sekitar Pulau Langkawi.
Antara yang sempat beliau santuni ialah Sarjan Che Rose Kasim, 66 tahun, yang pernah berkhidmat di Balai Polis Kuah. Tidak ketinggalan juga, Sarjan Azri Nawi, 53 tahun yang merupakan pesara polis dari Pasukan Polis Marin. Kedua-dua mereka menderita sakit lumpuh.
Antara yang sempat beliau santuni ialah Sarjan Che Rose Kasim, 66 tahun, yang pernah berkhidmat di Balai Polis Kuah. Tidak ketinggalan juga, Sarjan Azri Nawi, 53 tahun yang merupakan pesara polis dari Pasukan Polis Marin. Kedua-dua mereka menderita sakit lumpuh.
Mengenang jasa dan khidmat bakti pesara Lans Koperal Sokongan, Bahari Ibrahim, 71 tahun, Timbalan KPN turut menyantuni beliau yang kini terlantar sakit tua dan menghidap sakit jantung.
Dalam lawatan yang diadakan, Dato' Sri Ayob Khan menitipkan doa dan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada para perasa selain turut menyampaikan sumbangan makanan sunnah serta wang tunai sebagai tanda penghargaan.
Kehadiran pucuk pimpinan Pasukan itu nyata menggembirakan para pesara polis dan menyifatkan kunjungan tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna.
Terdahulu Dato’ Sri Ayob Khan yang diiringi Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Adzli Abu Shah telah mengadakan lawatan ke kuarters Taman Seri Berlian IPD Langkawi bagi melihat sendiri keadaan perumahan tersebut yang telah siap dibaik pulih dengan anggaran kos perbelanjaan projek sebanyak RM550 ribu.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, para pegawai polis IPD Langkawi.
Jurugambar: PDRM RMP TV