Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Ltdl 2024 Peringkat Lapan Bintulu Loop

Diterbitkan: 06 Oct 2024 1.36 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bintulu, 6 Oktober 2024 - Peringkat 8 perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) diteruskan lagi di Bintulu Loop, Sarawak yang mana para pelumba mengharungi laluan bermula dari Lasar Kenyalang dan berakhir di Jalan Rakawi Yusuf, Bintulu membabitkan jarak sejauh 147.5 kilometer (km).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-ltdl-2024-peringkat-lapan-bintulu-loop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:06 MYT
Bintulu, 6 Oktober 2024 - Peringkat 8 perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) diteruskan lagi di Bintulu Loop, Sarawak yang mana para pelumba mengharungi laluan bermula dari Lasar Kenyalang dan berakhir di Jalan Rakawi Yusuf, Bintulu membabitkan jarak sejauh 147.5 kilometer (km).

Di peringkat akhir perlumbaan ini, para pelumba telah mengharungi tiga zon pecutan iaitu pertama di Kem Batu 18 (KM83.3), Lasar Kanyalang 1 (KM113.6) dan di Lasar Kenyalang 2 (KM130.5). Tanpa sebarang zon pendakian, para pelumba basikal memerlukan kelajuan dan strategi taktikal dalam menentukan kejuaraan.

Perlumbaan yang diadakan merupakan acara akhir dan penamat Kejohanan Lumba Basikal PETRONAS LTdL 2024 yang telah berlangsung sejak 29 September sehingga hari ini yang bermula dari Langkawi, Kedah.

Penglibatan secara langsung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam memastikan kelancaran dan keselamatan trafik di sepanjang laluan perlumbaan ini amat membanggakan.

Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri telah mengadakan perjumpaan bersama para petugas PDRM bagi menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas komitmen yang telah ditunjukkan para petugas sepanjang tempoh LTdL 2024 berlangsung.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Puan Hannah Yeoh dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Hj Abdul Karim Rahman Hamzah.

ArtikelDiterbitkan 06 Oct 2024 1.36 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM