
Article
Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Johor
Johor Bahru, 21 Januari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Ko...
Johor Bahru, 21 Januari 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pagi tadi.
Lawatan kerja yang diadakan bertujuan memperkukuh hubungan kerja antara pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia dengan Kontinjen Johor, khususnya dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepolisan, kesiapsiagaan anggota serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan amanat kepada warga Kontinjen Johor. Antara perkara yang ditegaskan ialah aspek integriti, pematuhan disiplin, tata kelola yang baik, pematuhan arahan serta peringatan berhubung Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Turut hadir, Ketua Polis negeri, CP Datuk Ab Rahaman Arsad bersama barisan Ketua Jabatan Kontinjen Johor.
Sumber: PDRM RMPTV