
Article
Timbalan Kpn Adakan Kunjungan Rasmi Dan Sesi Dialog Bersama Warga Pulapol Air Hitam
Jempol, 14 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengadakan kunjungan rasmi dan sesi dialog bersam...
Jempol, 14 Julai 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengadakan kunjungan rasmi dan sesi dialog bersama warga Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam di Dewan Perdana, di sini.
Ketibaan Tan Sri Ayob Khan bersama Ketua Polis negeri, DCP Dato' Ahmad Dzafir Mohd Yussof sekitar jam 9.00 pagi telah disambut oleh Komandan PULAPOL Air Hitam, ACP Haslah Bachok.
Selain kunjungan yang diadakan, Tan Sri Ayob Khan turut menyampaikan amanat dengan menyentuh aspek integriti, pematuhan disiplin, tata kelola yang baik, pematuhan arahan dan peraturan serta pengurusan psikologi.
Beliau turut berkongsi pengalamannya sepanjang berada di dalam Pasukan yang penuh dengan cabaran ketika melaksanakan penugasan di lapangan.
Program tersebut turut dihadiri oleh 1,296 orang pelatih Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel dari empat Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia iaitu PULAPOL Kuala Lumpur, Segamat, DUNGUN dan Air Hitam.
Hadir sama, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi), SAC Ahmad Asmadi Abd Hashim, Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Muhammad Idzham Hj. Jaafar dan barisan Ketua Jabatan Kontinjen Negeri Sembilan.