
Artikel
Posting Pilihan Tiga Pengarah Pdrm Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Mdn
Putrajaya, 14 Julai 2025 – Tiga tampuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri (MDN), Dat...
Putrajaya, 14 Julai 2025 – Tiga tampuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di pejabatnya di sini, pagi tadi.
Mereka ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad, serta Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Gilberd Philip Layang.
Lawatan rasmi ini merupakan yang pertama sejak ketiga‑tiga pegawai kanan tersebut dilantik mengetuai jabatan masing‑masing. Datuk Seri Saifuddin Nasution mengucapkan tahniah atas amanah besar yang dipikul dan menzahirkan harapan agar mereka terus menunjukkan kepimpinan cemerlang.
Ketiga‑tiga jabatan berkenaan memainkan peranan strategik dalam memperkukuh PDRM secara menyeluruh daripada aspek siasatan, tadbir urus, sehinggalah kecekapan sistem sokongan logistik dan teknologi.