
Timbalan Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pm
Putrajaya, 31 Disember 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri (PM), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di pejabatnya di sini, petang tadi.
Kunjungan hormat Dato’ Razarudin keatas PM ini merupakan kali pertama sejak beliau dilantik menjadi Timbalan KPN berkuat kuasa 26 Disember yang lalu.
Turut hadir, Juruiring Polis kepada PM, SAC Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin