Timbalan Ketua Polis Negara Prihatin Nasib Mangsa Banjir Pdrm
Alor Setar, 5 November 2010 - YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Hj Ismail Timbalan Ketua Polis Negara turun ke pusat pemindahan banjir untuk melawat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Alor Setar, Kedah. Kehadiran beliau yang diiringi oleh YDH CP Dato' Khalid b Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Zubaidah Bt Mohd Ismail, Timbalan Pengarah I, Jabatan Logistik dan juga YDH SAC Dato' Mohd Isa B Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin adalah bertujuan untuk memantau situasi banjir serta memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir.
Rombongan lawatan tersebut telah pergi ke Perumahan PDRM di Taman Derga Jaya, Alor Setar yang menyaksikan sebahagian daripada kawasan perumahan tersebut ditenggelami air sedalam dua kaki. YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah melawat mangsa banjir yang terdiri daripada 160 keluarga anggota, pegawai dan kakitangan awam PDRM yang ditempatkan di Dewan Serbaguna PDRM, Taman Derga Jaya, Alor Star. Sebelum menamatkan lawatan beliau ke Alor Setar, Timbalan Ketua Polis Negara mengambil kesempatan untuk melawat seramai 700 keluarga mangsa banjir lain yang ditempatkan di Stadium Sultan Abdul Halim (Stadium Tertutup).
Sepanjang lawatan ini, rombongan pucuk pimpian PDRM ini sempat beramah mesra dan bertanya khabar mangsa dan keluarga mereka. Kebanyakan mangsa berasa terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan yang meluahkan masa uantuk melawat mereka peluang sempena cuti Sambutan Hari Deepavali ini.

YDH Timbalan KPN diberikan taklimat mengenai situasi banjir di Kedah.

Beramah mesra dan mendekati mangsa banjir PDRM.
Sebahagian mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir.
YDH Timbalan KPN dan rombongan meninjau keadaan mangsa banjir