Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Ketua Polis Negara Prihatin Nasib Mangsa Banjir Pdrm

Published: 10 Jun 2014 6.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Hj Ismail turun ke pusat pemindahan banjir untuk melawat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Alor Setar, Kedah...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-ketua-polis-negara-prihatin-nasib-mangsa-banjir-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:06 MYT

Alor Setar, 5 November 2010 - YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Hj Ismail Timbalan Ketua Polis Negara turun ke pusat pemindahan banjir untuk melawat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Alor Setar, Kedah. Kehadiran beliau yang diiringi oleh YDH CP Dato' Khalid b Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Zubaidah Bt Mohd Ismail, Timbalan Pengarah I, Jabatan Logistik dan juga YDH SAC Dato' Mohd Isa B Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin adalah bertujuan untuk memantau situasi banjir serta memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir.

Rombongan lawatan tersebut telah pergi ke Perumahan PDRM di Taman Derga Jaya, Alor Setar yang menyaksikan sebahagian daripada kawasan perumahan tersebut ditenggelami air sedalam dua kaki. YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah melawat mangsa banjir yang terdiri daripada 160 keluarga anggota, pegawai dan kakitangan awam PDRM yang ditempatkan di Dewan Serbaguna PDRM, Taman Derga Jaya, Alor Star. Sebelum menamatkan lawatan beliau ke Alor Setar, Timbalan Ketua Polis Negara mengambil kesempatan untuk melawat seramai 700 keluarga mangsa banjir lain yang ditempatkan di Stadium Sultan Abdul Halim (Stadium Tertutup).

Sepanjang lawatan ini, rombongan pucuk pimpian PDRM ini sempat beramah mesra dan bertanya khabar mangsa dan keluarga mereka. Kebanyakan mangsa berasa terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan yang meluahkan masa uantuk melawat mereka peluang sempena cuti Sambutan Hari Deepavali ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Prihatin Nasib Mangsa Banjir Pdrm
YDH Timbalan KPN diberikan taklimat mengenai situasi banjir di Kedah.

Timbalan Ketua Polis Negara Prihatin Nasib Mangsa Banjir Pdrm
Beramah mesra dan mendekati mangsa banjir PDRM.

Timbalan Ketua Polis Negara Prihatin Nasib Mangsa Banjir Pdrm
Sebahagian mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir.

Timbalan Ketua Polis Negara Prihatin Nasib Mangsa Banjir Pdrm
 YDH Timbalan KPN dan rombongan meninjau keadaan mangsa banjir

ArticlePublished 10 Jun 2014 6.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM