Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara

Published: 17 Oct 2017 10.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2017 – Alunan merdu bacaan ayat suci Al-Quran Qari dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Sarjan Razlee Asmat dan Qariah Sub Inspektor Sa’diah Md. Dewi dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1439H/2017M, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tilawah-al-quran-peringkat-bukit-aman-kesatuan-ummah-kesejahteraan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:11 MYT

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2017 – Alunan merdu bacaan ayat suci Al-Quran Qari dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Sarjan Razlee Asmat dan Qariah Sub Inspektor Sa’diah Md. Dewi dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1439H/2017M, petang tadi.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman itu menyaksikan seramai lapan orang Qari dan lima orang Qariah dari pelbagai jabatan dalam PDRM telah mengambil bahagian dalam acara tersebut seawal jam sembilan pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang merasmikan Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Penganjur yang diterajui oleh Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Dato’ Sri Abdul Rahim Haji Hanafi yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada hari ini.

“Penganjuran majlis kita pada hari ini bukan sekadar memperdengarkan kemerduan suara Qari dan Qariah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi apa yang lebih penting adalah untuk menghayati intisari pengajaran agar dapat dijadikan panduan hidup.”

Dalam majlis itu juga, Qari dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Sub Inspektor Hj. Che Ismail Che Min dan Koperal Mohd Ridzwan Khazali sebagai Naib Johan dan tempat ketiga dalam majlis yang berlangsung pada tahun ini. 

Manakala, Qariah dari Cawangan Khas, Ummi Kalsum Abdul Mujid dan Inspektor Jamilah Mohamad dari JIPS pula telah dianugerahkan sebagai Naib Johan dan tempat ketiga bagi kategori Qariah.

Ketua Polis Negara dalam ucapannya juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta Tilawah kerana telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi sekaligus melahirkan generasi qurani.

Turut hadir sama dalam majlis penutup tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Wan Najmudin Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Dato' Hajjah Fatimah Abd. Hamid, Timbalan Pengarah JIPS, Dato' Abd. Rahim Jaafar, pegawai-pegawai kanan dan anggota serta warga Bukit Aman.

0S4A2429
Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan hadiah kepada Johan Qari dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Sarjan Razlee Asmat.

0S4A2494
Sesi bergambar kenangan.

0S4A2472
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun memberikan ucapan sekaligus merasmikan ucapan Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman.

0S4A2423
Qari dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Sub Inspektor Hj. Che Ismail Che Min dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman yang berlangsung pagi tadi.

0S4A2419
Qari dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA),Koperal Mohd Ridzwan Khazali memenangi tempat ketiga dalam majlis yang berlangsung pada tahun ini.

0S4A2447
Qariah Sub Inspektor Sa’diah Md. Dewi dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman dinobatkan sebagai Johan Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1439H/2017M, petang tadi.

0S4A2443
Qariah dari Cawangan Khas, Ummi Kalsum Abdul Mujid pula telah dianugerahkan sebagai Naib Johan bagi kategori Qariah.

0S4A2435
Inspektor Jamilah Mohamad dari JIPS pula telah dianugerahkan sebagai tempat ketiga bagi kategori Qariah.










ArticlePublished 17 Oct 2017 10.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM