Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Warga Iran Ditahan Edar 3 Kilogram Syabu

Published: 16 Jun 2014 8.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
LAGI WARGA IRAN DICEKUP EDAR SYABU : Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki, kesemuanya warga Iran yang dipercayai mengedar dadah jenis syabu bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-warga-iran-ditahan-edar-3-kilogram-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:25 MYT

LAGI WARGA IRAN DICEKUP EDAR SYABU : Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki, kesemuanya warga Iran yang dipercayai mengedar dadah jenis syabu bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah hotel dan kondominium di ibu negara baru – baru ini. 

Dalam serbuan yang dibuat di sebuah hotel mewah, polis menemui tiga bungkusan besar plastik lutsinar mengandungi kira – kira 3 kilogram syabu. Susulan serbuan itu, polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan Tun Razak dan menahan sepasang suami isteri yang dipercayai dalang kegiatan haram itu.

Pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RNM16,323 serta beberapa mata wang asing selain sebuah telefon bimbit dan komputer riba. 

Jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga suspek boleh dikenakan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia


Tiga Warga Iran Ditahan Edar 3 Kilogram Syabu
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM