Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Warga Asing Ditahan Di Klia Cuba Seludup Dadah Rm1 28 J

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tiga warga asing dipercayai cuba menyeludup dadah ke negara ini ditahan dalam pemeriksaan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada Ahad, Isnin dan Rabu, membabitkan rampasa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-warga-asing-ditahan-di-klia-cuba-seludup-dadah-rm1-28-j
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:12 MYT
SHAH ALAM, 24 Februari 2011 (Bernama)

Tiga warga asing dipercayai cuba menyeludup dadah ke negara ini ditahan dalam pemeriksaan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada Ahad, Isnin dan Rabu, membabitkan rampasan 5.1kg dadah bernilai RM1.28 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir, berkata dalam operasi pada 4 petang Ahad lepas, polis memberkas seorang lelaki warga Nigeria di kawasan tuntutan bagasi KLIA, dan merampas 1.4 kg syabu tersembunyi dalam 10 piston kereta yang dibawa dalam sebuah beg.

"Setelah membuka kesemua piston besi itu, kami dapati setiap satu daripadanya mengandungi satu paket plastik berisi dadah disyaki syabu. Ini adalah kaedah terbaru yang digunakan oleh penyeludup dadah.

"Taktik ini mungkin digunakan kerana cubaan mereka menyeludup masuk dadah melalui bagasi seringkali gagal," kata Nordin kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Khamis.

Beliau berkata suspek berusia 28 tahun yang tiba dengan penerbangan dari Dubai pernah memasuki ke negara ini dua kali.

Dalam operasi berasingan pada Isnin dan semalam, polis menahan seorang lagi lelaki warga Nigeria berusia 32 tahun dan seorang wanita warga dari Zambia berusia 24 tahun serta merampas dadah disyaki syabu masing-masingnnya seberat 2.7 kg dan satu kg yang disorok dalam beg pakaian yang dibawa mereka.

"Wanita Zambia yang baru tiba dari Johannesburg, Afrika Selatan, mendakwa dia menyambung pelajaran di sini. Terdapat buku nota yang disimpan dalam beg pakaian yang dibawanya," kata Nordin, yang tidak menolak kemungkinan suspek digunakan sebagai kurier untuk membawa masuk dadah ke negara ini.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM