Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Wanita Filipina Ditahan Cuba Seludup Daun Ganja

Published: 13 Jun 2014 1.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Kayu Hitam - 24 jun 2009. Cubaan tiga wanita Filipina untuk menyeludup daun kering dipercayai ganja ke negara ini tidak kesampaian apabila mereka ditahan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarant..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-wanita-filipina-ditahan-cuba-seludup-daun-ganja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:28 MYT

Bukit Kayu Hitam - 24 jun 2009. Cubaan tiga wanita Filipina untuk menyeludup daun kering dipercayai ganja ke negara ini tidak kesampaian apabila mereka ditahan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) oleh Pasukan Gerakam Am (PGA) di sini semalam.

Wanita yang berumur lingkungan 30 hingg 40 tahun itu ditahan pada pukul 11.10 pagi ketika menaiki sebuah kenderaan pick-up bersama seorang lelaki berumur 34 tahun dan mereka dipercayai sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Menurut Pegawai Pemerintah PGA, Supritendan Ahmad Razil Yaacob, pihaknya percaya kesemua wanita terbabit telah lama terlibat dengan kegiatan itu setelah melihat passport antarabangsa milik mereka.

Suspek dipercayai kerap keluar negara dan antara negara yang pernah mereka lawati adalah Laos, Vietnam, China dan India.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM