Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Termasuk Sepasang Suami Isteri Ditahan Miliki Dadah 20140619

Published: 19 Jun 2014 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jerteh, 6 Feb - Tiga suspek pengedar dadah termasuk sepasang suami isteri ditahan dalam serbuan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Ayer Terjun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-termasuk-sepasang-suami-isteri-ditahan-miliki-dadah-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT

Jerteh, 6 Feb - Tiga suspek pengedar dadah termasuk sepasang suami isteri ditahan dalam serbuan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Ayer Terjun dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam serbuan pertama kira-kira jam 4 petang semalam sepasang suami isteri berumur 23 dan 17 tahun ditahan di rumah sewa mereka ketika sedang membungkus dadah yang dipercayai untuk diedar kepada pelanggan.

Katanya ekoran penahanan itu, polis menemui 604 biji pil berwarna merah dan hijau yang dipercayai pil kuda (Metamphetamine) bernilai RM12,600.

"Pasangan yang positif dadah itu didapati aktif mengedar dadah di kawasan tempatan kira-kira setahun yang lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian berasingan kira-kira setengah jam kemudian di kampung sama, polis yang cuba menahan seorang suspek berumur 39 tahun telah diancam dengan pisau.

Ketika pasukan BSJN cuba memasuki sebuah rumah di Kampung Gong Penaga, Ayer Terjun, suspek cuba melarikan diri dengan memegang sebilah pisau sambil mengancam akan menikam anggota polis yang bertugas, kata Kamaruddin.

Bagaimanapun katanya atas kebijaksanaan dan kepantasan pasukan, suspek dapat ditewaskan dan sebanyak 26 biji pil berwarna merah dipercayai dadah turut ditemui daripadanya.

Dalam satu kejadian lain, Kamaruddin berkata hasil maklumat awam, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun dari Kampung Raja yang dipercayai bergiat meleraikan komponen motosikal dan kereta curi.

Ekoran penangkapan itu, polis menemui rangka motosikal dan kereta yang dibuang ke dalam sebuah tali air di kawasan rumah ibu bekalan dan pintu air pasang surut, Skim Pengairan Pengkalan Nangka, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM