Tiga Suspek Pecah Rumah Edar Dadah Ditahan
Kegiatan
tiga lelaki yang menyalahgunakan kemahiran sebagai kontraktor dan
juruteknik untuk melakukan sekurang-kurangnya 10 jenayah pecah rumah
selain menjadi pengedar dadah di Teluk Intan berjaya ditumpaskan polis.
Aktiviti
lelaki berusia 35 dan 40 tahun itu berjaya dipatahkan selepas polis
menyerbu sebuah rumah selepas melakukan intipan di kediaman berkenaan.
Polis
turut merampas dua buah kereta yang disorokkan di sebuah tokong
kira-kira 50 meter dari rumah suspek yang dipercayai digunakan untuk
kegiatan pecah rumah.

Sumber : Harian Metro