Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Suspek Bawah Umur Ditahan Disyaki Terlibat Pukul Remaja

Published: 31 May 2015 10.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 31 Mei- Tiga individu bawah umur ditahan polis semalam berhubung kes seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun cedera dipukul pada Jumaat lepas kerana enggan menganggotai kumpulan samseng.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-suspek-bawah-umur-ditahan-disyaki-terlibat-pukul-remaja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:10 MYT

Shah Alam, 31 Mei- Tiga individu bawah umur ditahan polis semalam berhubung kes seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun cedera dipukul pada Jumaat lepas kerana enggan menganggotai kumpulan samseng.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua suspek yang berusia 15, 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Klang.

"Dua daripada suspek baharu sahaja dibuang dari sebuah sekolah di Pandamaran, Klang pada Khamis lepas sementara seorang lagi suspek masih bersekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari, Jumaat lepas, seorang pelajar lelaki cedera di beberapa bahagian badan apabila dipukul beberapa suspek di dalam sebuah tandas di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Tinggi dekat sini.

Menurut Kamarul Zaman, mangsa dipukul kerana tidak mahu menganggotai kumpulan samseng yang dikenali sebagai Geng 360.

Tambahnya lagi, polis sedang giat mengesan individu yang menjadi dalang merekrut pelajar sekolah untuk menjadi anggota kumpulan samseng.- BERNAMA

ArticlePublished 31 May 2015 10.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM