Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Premis Judi Diserbu Tahan Empat Lelaki

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.43 PM
George Town, 25 Julai - Polis menahan empat lelaki dan merampas 36 set komputer yang telah diubahsuai untuk dijadikan alat permainan judi dalam tiga serbuan di sekitar pusat bandar malam tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-premis-judi-diserbu-tahan-empat-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 03:29 MYT

George Town, 25 Julai - Polis menahan empat lelaki dan merampas 36 set komputer yang telah diubahsuai untuk dijadikan alat permainan judi dalam tiga serbuan di sekitar pusat bandar malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata hasil risikan selama beberapa hari mendapati pemilik kedai judi terbabit membuat laluan rahsia di belakang premis masing-masing.

Beliau berkata dalam serbuan di Lebuh Noordin, Gat Lebuh Macallum dan Jalan Air Itam itu polis menahan tiga penjaga kedai dan seorang pemain judi. Mereka berusia 20 hingga 60 tahun.

Kesemua premis perniagaan itu tiada papan tanda dan pintu hadapan ditutup, membuatkan ramai menyangka tiada operasi perniagaan di tempat itu.

"Mereka hanya membuka pintu belakang dan membenarkan pelanggan yang dikenali sahaja masuk setelah melihat dari CCTV (kamera litar tertutup)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Nasir berkata pemilik premis boleh didakwa di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk denda atau penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pemain judi itu ditahan untuk membantu siasatan, bagaimanapun boleh dihukum penjara dan denda jika sabit kesalahan, di bawah akta yang sama, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.43 PM