Tiga Lelaki Ditahan 12 Kes Pecah Rumah Di Kota Baharu Dan P
Pasir
Mas, 25 Julai - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam
beberapa kes pecah rumah dalam serbuan ke sebuah rumah di Pusu 40, Lubuk
Jong di sini, semalam.
Turut
ditahan dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu ialah seorang wanita
mengandung berusia 28 tahun yang dikatakan isteri seorang daripada lelaki terbabit.
Ketua
Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata dengan penahanan
itu, polis percaya dapat menyelesaikan 12 kes pecah rumah di Kota Baharu
dan daerah ini.
"Kesemua
mereka didapati positif dadah, manakala dua daripada mereka mempunyai
rekod jenayah lampau berkaitan kes curi motosikal, curi kereta, samun
dan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau
berkata polis turut merampas dua kereta jenis Honda Accord dan Toyota
Innova serta sebuah motosikal Yamaha LC yang dipercayai dicuri di Kota
Baharu.
Turut
ditemui ialah empat televisyen LCD, tujuh skrin komputer, lima komputer
riba, dua set 'home theater', satu alat pemotong besi dan pelbagai alat
pecah rumah, katanya.
Beliau berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 31 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini.
Sumber : BERNAMA