Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Perwira Pasukan F Kongsi Sejarah Tawan Pengganas Komunis

Published: 10 Nov 2021 6.38 AM Updated: 25 Sep 2026 10.59 AM
Kuala Lumpur, 10 November 2021 – Tiga pesara polis dari Pasukan F, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi cabaran dan dugaan yang pernah mereka lalui bagi menawan pengganas komunis dalam Program Pengkisahan Sejarah Cawangan F-Team “Hanya Yang Berani” di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-perwira-pasukan-f-kongsi-sejarah-tawan-pengganas-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT
Kuala Lumpur, 10 November 2021 – Tiga pesara polis dari Pasukan F, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi cabaran dan dugaan yang pernah mereka lalui bagi menawan pengganas komunis dalam Program Pengkisahan Sejarah Cawangan F-Team “Hanya Yang Berani” di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pagi tadi.

Mereka yang terdiri daripada Pesara ACP Tuan Song Leng Kah, Pesara DSP Kamarudin Hashim dan Pesara Sub Inspektor Sritharan Sandhu Nair dijemput sebagai panel bagi menceritakan pengalaman masing-masing terlibat dalam pelbagai operasi ketika berkhidmat dalam pasukan itu suatu ketika dahulu.

Menurut mereka, selain memiliki semangat juang dan komitmen yang tinggi antara ahli pasukan, pegawai dan anggota Pasukan F juga perlu sentiasa peka dengan kehadiran pihak musuh selain bersedia mengharungi pelbagai kesukaran hidup demi tanggungjawab kepada Pasukan serta negara selaras dengan moto pasukan, “Hanya Yang Berani”.

Pasukan F ditubuhkan pada Mac 1971 bagi mencari dan mengumpul maklumat risikan di kawasan panas operasi sebelum disalurkan kepada pihak keselamatan. Kewujudan mereka tidak diketahui umum kerana terikat dengan tugas berprofil tinggi dan memerlukan tahap kerahsiaan yang maksimum.

Pasukan elit itu dibubarkan pada 1 Mei 1995 dan menjadi sebahagian daripada pasukan keselamatan yang berperanan penting sehingga termeterainya Perjanjian Damai di Haadyai pada 2 Disember 1989.

Turut sama dalam program tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, barisan Timbalan Pengarah PDRM dan sebahagian warga kerja Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Aslam dan Lans Koperal Aizat

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'Program PENGKISAHAN SEJARAH 'HANYA YANG BERANI' F-TEAM DEWAN THEATRET TTE, BUKIT

May be an image of 4 people and text that says 'WAN F-TEAM THEATRETTE BUKIT AMAN SEJARAH 10 NOVEMBER 2021 RABU PESARA DSP KAMARUDIN BIN HASHIM PANEL PESARA

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing, indoor and text

May be an image of 3 people and indoor

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people and people standing
ArticlePublished 10 Nov 2021 6.38 AMUpdated 25 Sep 2026 10.59 AM