Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Penjenayah Asing Mati Di Jalan Klang Banting Awal Pagi Ini

Published: 17 Dec 2014 5.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Langat, 17 Dis - Tiga penjenayah warga asing maut dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Jalan Klang-Banting di sini, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata ketiga-tiga lelaki itu berumur antara 25 dan 35 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penjenayah-asing-mati-di-jalan-klang-banting-awal-pagi-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuala Langat, 17 Dis - Tiga penjenayah warga asing maut dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Jalan Klang-Banting di sini, awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata ketiga-tiga lelaki itu berumur antara 25 dan 35 tahun.

"Polis masih memburu dua lagi anggota kumpulan penjenayah itu, yang melarikan diri ke dalam semak berhampiran jalan berkenaan," katanya kepada pemberita ketika di tempat kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua penjenayah itu dipercayai aktif dalam jenayah pecah rumah di beberapa kawasan di Selangor.

Menurutnya dalam kejadian 4.30 pagi itu, sepasukan polis peronda terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Polis sebelum itu telah menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian pecah rumah di sekitar kawasan itu.

"Menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri dan memecut laju kenderaan berkenaan, namun terbabas di Jalan Klang-Banting.

"Ketika hendak keluar dari kenderaan, seorang suspek telah melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis membalas tembakan berkenaan yang mengenai tiga daripada lima suspek itu," katanya.

Abdul Rahim berkata pemeriksaan awal polis mendapati kereta itu dicuri dan ia dilaporkan hilang di Subang Jaya tahun lepas.

Polis turut menjumpai sepucuk pistol, perkakasan yang dipercayai digunakan untuk melakukan pecah rumah dan dua bilah parang di dalam kenderaan itu, katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Dec 2014 5.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM