Tiga Pengedar Ditahan Dadah Bernilai Rm6 000 Dirampas
Besut,
15 Jan - Tiga lelaki dipercayai pengedar dan penagih dadah ditahan
bersama selaras senapang angin dan dadah berjumlah RM6,000 dalam serbuan
di sebuah rumah di Kampung Batu Tumbuh, dekat Kampung Raja di sini,
pada 7 Jan lepas.
Ketua
Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata serbuan yang
dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan jenayah Narkotik (BSJN)
negeri pada pukul 6.45 pagi itu, seorang penduduk tempatan dan dua
lelaki dari Pahang dan Kelantan ditahan.
Beliau berkata polis turut menemui 11 botol plastik, empat tiub straw dan 90 biji pil dipercayai dadah dalam serbuan berkenaan.
"Selain
itu, polis juga merampas selaras senapang angin bersama 12 butir peluru
dari jenis 'ball bearing' yang dipercayai dimiliki seorang daripada
suspek ketika serbuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau
berkata hasil siasatan, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 dan
37 tahun itu merupakan penagih tegar dan mula menjalankan kegiatan
mengedar dadah di sekitar Besut, sejak empat bulan lepas.
Katanya,
ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati positif dadah.
Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Senjata 1960.
Sumber : BERNAMA