Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Pengedar Diberkas Di Jerantut

Diterbitkan: 17 Jun 2014 9.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Jerantut, 20 Ogos - Tiga lelaki yang dipercayai pengedar dadah diberkas di sebuah rumah di Kampung Sungai Retang dekat sini tengah hari tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-pengedar-diberkas-di-jerantut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:35 MYT

Jerantut, 20 Ogos - Tiga lelaki yang dipercayai pengedar dadah diberkas di sebuah rumah di Kampung Sungai Retang dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata serbuan yang dijalankan pada pukul 12.10 tengah hari itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis heroin seberat 15.5 gram di dalam sebuah beg yang disorokkan di dalam sarung bantal bernilai kira-kira RM1,500 di dalam sebuah bilik di rumah itu.

"Turut ditemui dadah jenis syabu seberat 2 gram bernilai RM200 dan salinan kad pengenalan salah seorang suspek bersama wang tunai RM3,525," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azid berkata semua suspek kini ditahan reman di lokap Balai Polis Jerantut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu beliau berkata seorang pencuri terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan sebuah kereta jenis Proton Saga malah turut diberkas pemilik kenderaan tersebut dan anaknya.

Kejadian jam 12.45 pagi semalam itu berlaku di hadapan sebuah rumah kedai di Kuala Teh dekat Jalan Kuala Tembeling di sini.

Mangsa dan anaknya kemudiannya membawa suspek ke Balai Polis Jerantut untuk ditahan.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod jenayah berkaitan kes samun mempunyai dua rakan jenayah yang bersal dari Temerloh dan Mentakab.

"Polis percaya mereka bertiga terlibat dengan beberapa kes curi kenderaan di sekitar kawasan ini termasuk di Temerloh dan Mentakab," katanya.

Azid berkata dua rakan jenayah suspek kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 9.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM