Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Pengawal Pusat Hiburan Ditahan

Published: 17 Jun 2015 2.42 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Mangsa yang berada di bawah pengaruh alkohol, dihalau oleh bouncer pusat hiburan itu kerana dikatakan mengganggu beberapa pengunjung. Dia kemudian bergaduh dengan rakannya di luar pusat hiburan itu sebelum dibelasah oleh beberapa individu, dipercayai pengunjung premis terbabit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-pengawal-pusat-hiburan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:50 MYT

 Polis menahan tiga pengawal pusat hiburan (bouncer) bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan pelajar warga Arab Saudi yang ditemui dalam keretanya berhampiran pusat hiburan dekat Jalan Dang Wangi, kelmarin.

Lelaki berusia 26 hingga 36 tahun itu ditahan di sebuah pusat hiburan selepas polis menemui mayat mangsa. 

Mangsa yang berada di bawah pengaruh alkohol, dihalau oleh bouncer pusat hiburan itu kerana dikatakan mengganggu beberapa pengunjung. Dia kemudian bergaduh dengan rakannya di luar pusat hiburan itu sebelum dibelasah oleh beberapa individu, dipercayai pengunjung premis terbabit. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Berita Harian

Tiga Pengawal Pusat Hiburan Ditahan

ArticlePublished 17 Jun 2015 2.42 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM